Ahad, Mei 11, 2008

LePaK - lEpAk

Tak banyak aktiviti yang aku lakukan di hujung minggu nie. Ingat nak jejalan tapi memandangkan kawan aku nie nak final exam so terpaksa le aku batalkan hasrat aku.

Dan semalam aku drive ke Cyberjaya sebb dia nak ambik note dari kawan dia. LEpas tu pusing2 kejap putrajaya dan terus balik ke rumah. But sebelum itu kita orang sempay lagi beli Laici Purut yang kawan aku suggest rasa. So apa lagi kita orang singgah kejap kat Terminal bus putrajaya . OK le juga rasa nya. Dah balik sampai rumah aku dapat call dari Mal. Dia tanya aku nak lepak rumah Fizi kul berapa. As usual acara malam minggu , nak tengok Akademi Fantasia 6, Aku nie tidak le begitu fanatik sangat dengan dunia hiburan nie tapi hanya sekadar mengikuti perkembangan semasa saje.
SEMALAM lepas habis AF aku dan kekawan ( Fitri, Mal, Fizi, Sham, Asri, Ajoi dan Rusdi) terus je ke Kampung Baru untuk Supper. Namun hajat aku dan Fizi untuk makan Nasi Dagang di Kampung BAru tidak ke sampaian sebb nasi Dagang dan kerabu habis. So terpaksa le makan nasi putih ajo. Tak pe, nanti aku akan cari masa yang awal sikit untuk datang sini sebb aku dah lama teringin nak makan nasi dagang nie.

dan hari nie, lepas lunch kat KFC Tasik Permaisuri aku dan Fit terus ke Jusco Maluri. Bukan nak shopping pun tapi nak temankan si Fitri ni study. Maklum le esok dia final exam. So aku pun apa lagi, dengan bertemankan laptop nie aku pun update le sikit blog aku yang tak seberapa nie dengan apa apa aktiviti yang aku lakukan sepanjang minggu nie. hehehehe

Tiada ulasan: