Rabu, Julai 05, 2006

Sorry le kepada kekawan. Aku dah lama tak update blog nie. Rasanye dah 3 bulan aku tinggalkan blog nie tanpa sebarang berita. maklum le kehidupan ku sekarang nie terlalu padat dengan kerja dan juga study aku. Oh ya aku dah sambung semula pembelejaran aku nie. Maklum le masa sekolah dulu tak nak study elok elok , dah tua tua baru le sedar diri nak sambung belajar. hehehe . Dulu masa dapat offer study kat UPM lari balik kampung nak jaga mak ayah .... So rasanye masa ini lah aku nak tumpukan pada kerjaya dan masa depan aku sendiri. Aku kini sedang mengikuti program Esekuitif Diploma In Purchasing and Supply Management yang di kendalikan oleh sebuah consultancy di Penang dengan kerjasama Pusat Pembangunan Eksekutif UUM, Kedah. Dan setiap ahad pasti aku akan menumpukan pada tutor alu di kelas. Minggu nie aku nak kena submit paperwork / assignment aku yang bertajuk : EXPLAIN HOW EOQ, MRP, MRP11 AND JIT COULD BE HARNESSED TO WORK IN YOUR ORGANISATION" Memula nak buat assignment nie macam susah plak aku rasa tapi setelah berbincang dengan tutor baru le aku faham nak menulis assignment nie macam mana. Lagi pun assignment nie penting sebab 40% markah di nilai dr segi penulisan kertas kerka nie. manakala 10% dari kedatangan dan perbincangan di dalam kelas dan baki 50% adalah penilaian di atas pemahaman kita terhafap subjek yang di ajar di dalam kelas ( PEPERIKSAAN LE tueeee).

Takut juga nak menghadapi peperiksaan , Maklum le daya ingatan untuk menghadapi soalan peperiksaan tak le sekuat masa muda dulu kan. Harap harap bulan oktober nie aku mampu menjawab dengan baik setiap soalan yang di kemukakan.

Itu pasal study aku. Lagi satu bulan lepas aku dah kurang satu beban di mana adik pompuan aku dah kawin. So kurang le tanggungjawab sebagai seorang wali atau abang yang sulung. Alamatnye tunggu je lah 9 bulan lagi tanggungjawab sebagai pakcik plak hehehehe