Jumaat, Ogos 03, 2007

Sydney oh sydney

Ini adalah pengalaman aku yang pertama aku kerja di luar dr malaysia. Aku telah di hantar oleh syarikat aku ke Australia iaitu di Sydney. Ermmmmm Ok la juga kannn sbb keje dengan MNC nie keje nie telah memberi kelebihan kepada diri aku untuk kerja sambil bercuti dengan tanpa perlu membayar apa-apa. Ok lah aku nak cite sedikit aktiviti aku di sini

1 august 2007
KL- Pagi nie aku sibuk dengan persiapan terakhir untuk berlepas ke sydney . Akhirnye tepat jam 11pagi travel agent baru confirmkan aku nye flight ticket dan visa. So aku pun bergegas balik rumah untuk packed semua barang keperluan yang nak di bawa ke sydney termasuk le tukar currency , passport, laptop, baju2 dan beberapa dokumen kerja. Kluar ke airport dr rumah dlm jam 7mlm sbb aku kena ada di airport kul 8. walaupun flight kul 10 tapi dah kena 2 jam awal lapor diri. tension juga nak tunggu sampai 2 jam di airport nasib baik le sayang aku ada teman ke sana. ada juga teman berborak . kalo idak mati kutu di buat nye di airport sorang2. tepat 930 aku pun masuk ke satelite building KLIA. gate C32 . Merasa le naik Boeng 747-400.

2 August 2007
Touch Down Sydney airport dlm kul 730am waktu australia. Adoiii penat sgt sebb x tido masa dlm flight . mana idak nye ashik suruh makan je dek steward/es ittew. So proses nak chop immegresen / custom dan kuarantin department pun ambik masa dlm sejam juga. Masa sampai pagi tu banyak plak kapal lain yang landing waktu yang sama. So merasa le beratur panjang2 kat kaunter imigresen . Dan settle semua nye aku pun naik le kluar dr airport menuju ke hotel di North Ruyde, NSW. Aku ambik Limotaxi yang telah membuatkan aku terpaksa membayar lebih kurang AUSD68.00 untuk perjalanan selama 30 minit ittew. kalo convert duit kita lebih kurang RM200 u uols. marti le merasa mcm org kaya sekali naik teksi RM200 hehehehe. Sampai hotel bilik blm siap sbb secretary company tak kasi tau waktu arrival aku. SO tunggu kejap dlm 2 jam . kul 11 baru le aku dpt masuk bilik. WOOOOOWWWWWW nice apartment dia kasi kat aku. Actually dia org kasi Studio Apartment. Lengkap dengan ruang tamu, bilik tido , dapur, mesin basuj dan dryer. Aku pun cepat2 le mandi hot-shower sebb terasa sejuk dan nak bergegas ke opis yang terletak 100 mtr dr apartment aku tu. So aku berjalan ke opis dlm kul 2 ptg. suprisingly kul 2 ptg on the way nak ke opis tu, aku tgk ada 2-3 org dok berjoging. Iyeee le waktu tu x panas sebb suhu pun dlm 18celcius je. Dah masuk opis jumpa Steven (material manager)William Chung (aku nye Sr Buyer) dan bos aku Mr mark. So dia org x de brief aku apa2 lagi sbb memasing sibu dengan meeting. Au hanya akan start training hari nie (3hb). So lepak2 dulu kat opis sesambil aku jejalan ke pantry dia org buat coffee. lepas tu layan email2 kekawan.

Kul 5ptg aku terus balik ke apartment sbb nak ke macquire Centre. hari nie khamis so shopping mall extend masa business dia org sampai kul 9mlm je. kalo hari biasa dia org kul 530 dah tutup. Susah juga live di sydney nie. sbb shopping mall ikut waktu office hour. Anyway aku beli susu, orange juice , roti dan juga instant pizza dan lasagna serta buah2 untuk keperluan seminggu aku di sini. Merasa le x makan nasi dan makanan ruji aku terpaksa di tuar selama seminggu. Dah ikut cara mat saleh plak makan di sini. Huwaaaaaa x best sbb x de sambal . kekekee Hsopping habis dlm AUSD68.00 juga . Nak balik dr shopping mall aku ambik bus . So kena le bayar AUSD2.90 ke hotel aku stay. Ermmmm pandai juga au nie kannn , pegi tempat org x ambil texi sbb mahal, so nak save cost naik je bus, tapi system transport sini bagus sebb setiap 15minit ada bus ke tempat aku tinggal tue. Dah balik hotel terus aku minum susu dan makan lasagna instant tue. lapo siot sbb hari nie x makan apa lagi. dah makan mandi terus masuk bilik tido. baru nak lelap mata dpt panggilan dr Ajoiyah. Thanks ye akak sbb telefon i di sini. Lepas je letak phone, terus le layan mimpi ( walaupun x mimpi apa mlm tue)

3 august
Hari nie aku ke opis wal siot. Kul 7am aku dan sampai bangunan opis tapi x leh nak naik opis di tingkat 3 sbb lift dan semua pintu bangunan ada security . aku plak nan ado security card. So terpaksa le tunggu sesapa yang nak masuk lift dan opis. OK lah aku berhenti kejap. sbb nak gi buat coffee. ngantok siot sbb x peralihan masa tu yang x sama. masuk opis plak awal nak mampus. anyway nanti aku sambung sbb nak gi training dulu.

akan bersambung lagi bila aku ada masa nak menulis

sorry ye

TO BE CoNtInUe .....