Selasa, Julai 31, 2007

kerja baru

Alhamdullillah.........

Setelah sekian lama aku mencari kerja baru, akhirnya aku telah berjaya mendapat kerja yang aku inginkan dr dulu. Sudah 4 hari aku keje di sebuah american company yang terletak di Petaling jaya , Section 13. Dan keje aku nie agak mencabar juga sbb aku akan in-charge untuk supplier/vendor management untuk Asia Pacific Region. Dan yang paling aku suka ialah bos akuu di australia, buyer team aku di singapore dan aku sorang saje di malaysia.

Pada hari pertama aku bekerja di sini (26 Jul) , the 1st hour aku masuk opis terus buat conference call dengan bos aku di australia ( sydney)Mark bersama dengan Material manager , Steven. Dan yang memeranjatkan aku ialah mereka nak aku terbang ke sydney secepat mungkin untuk on-the-job training sbb system yang aku akan guna lebih kepada system di australia. So aku pun bergegas balik ke rumah di sungai besi untuk ambil passport lama aku dan ke wangsamaju untuk renew passpwort tersebut. Hangus duit aku RM300 sementara nak dapat claim hujung bulan august

Pada hari kedua plak , aku x de benda nak buat sebb aku hanya tunggu visa di samping itu kena study semua procedure about supply chain yang aku kena belajar dr steven nanti. So sambil study sambil chase visa status aku tue. Susah juga nak australia . ingatkan ada passport dah cukup tp sbb nak pegi kerja d sana harus ada visa plak.

So semalam adalah hari ke3 aku keje , still sama juga. baca procedure dan chase visa aku dan hari nie tetap sama dengan semalam. belum ada sebarang perkembangan tentang status visa aku. Adoiiii teruk benar le embassy australia nie. takkan le sebb nama aku yang ada "mohamad" terus dia org suspect aku nie terrorist.

Dan hari nie aku rasa aku akan balik keje mcm biasa. walaupun kluar dr opis 530ptg tetap sampai umah kul 8mlm. Gara2 public transport yang tak effektif. Harap hujung thn nie dpt le beli kete .....