Isnin, September 25, 2006
birth month mean
January
* Ambitious and serious
* Loves to teach and be taught
* Always looking at people's flaws and weaknesses
* Likes to criticize
* Hardworking and productive
* Smart, neat and organized
* Sensitive and has deep thoughts
* Knows how to make others happy
* Quiet unless excited or tensed
* Rather reserved
* Highly attentive
* Resistant to illnesses but prone to colds
* Romantic but has difficulties expressing love
* Loves children
* Homely person
* Loyal
* Needs to improve social abilities
* Easily jealous
FEBRUARY
* Abstract thoughts
* Loves reality and abstract
* Intelligent and clever
* Changing personality
* Temperamental
* Quiet, shy and humble
* Low self esteem
* Honest and loyal
* Determined to reach goals
* Loves freedom
* Rebellious when restricted
* Loves aggressiveness
* Too sensitive and easily hurt
* Showing anger easily
* Dislike unnecessary things
* Loves making friends but rarely shows it
* Daring and stubborn
* Ambitious
* Realizing dreams and hopes
* Sharp
* Loves entertainment and leisure
* Romantic on the inside not outside
* Superstitious and ludicrous
* Spendthrift
* Learns to show emotions
MARCH
* Attractive personality
* Affectionate
* Shy and reserved
* Secretive
* Naturally honest, generous and sympathetic
* Loves peace and serenity
* Sensitive to others
* Loves to serve others
* Not easily angered
* Trustworthy
* Appreciative and returns kindness
* Observant and assess others
* Revengeful
* Loves to dream and fantasize
* Loves traveling
* Loves attention
* Loves home decors
* Musically talented
* Loves special things
* Moody
APRIL
* Active and dynamic
* Decisive and hateful but tends to regret
* Attractive and affectionate to oneself
* Strong mentality
* Loves attention
* Diplomatic
* Consoling
* Friendly and solves people's problems
* Brave and fearless
* Adventurous
* Loving and caring
* Suave and generous
* Emotional
* Revengeful
* Aggressive
* Hasty
* Good memory
* Moving
* Motivate oneself and the others
* Sickness usually of the head and chest
* Easily get too jealous
MAY
* Stubborn and hard-hearted
* Strong-willed and highly motivated
* Sharp thoughts
* Easily angered
* Attracts others and loves attention
* Deep feelings
* Beautiful physically and mentally
* Firm standpoint
* Easily influenced
* Needs no motivation
* Easily consoled
* Systematic (left brain)
* Loves to dream
* Strong clairvoyance
* Understanding
* Sickness usually in the ear and neck
* Good imagination
* Good debating skills
* Good physical
* Weak breathing
* Loves literature and the arts
* Loves traveling
* Dislike being at home
* Restless
* Hardworking
* High spirited
* Spendthrift
JUNE
* Thinks far with vision
* Easily influenced by kindness
* Polite and soft-spoken
* Having lots of ideas
* Sensitive
* Active mind
* Hesitating
* Tends to delay
* Choosy and always wants the best
* Temperamental
* Funny and humorous
* Loves to joke
* Good debating skills
* Talkative
* Daydreamer
* Friendly
* Knows how to make friends
* Abiding
* Able to show character
* Easily hurt
* Prone to getting colds
* Loves to dress up
* Easily bored
* Fussy
* Seldom show emotions
* Takes time to recover when hurt
* Brand conscious
* Executive
* Stubborn
* Those who loves me are enemies
* Those who hates me are friends
JULY
* Fun to be with
* Secretive
* Difficult to fathom and to be understood
* Quiet unless excited or tensed
* Takes pride in oneself
* Has reputation
* Easily consoled
* Honest
* Concern about people's feelings
* Tactful
* Friendly
* Approachable
* Very emotional
* Temperamental and unpredictable
* Moody and easily hurt
* Witty and sarky
* Sentimental
* Not revengeful
* Forgiving but never forgets
* Dislike nonsensical and unnecessary things
* Guides others physically and mentally
* Sensitive and forms impressions carefully
* Caring and loving
* Treats others equally
* Strong sense of sympathy
* Wary and sharp
* Judge people through observations
* Hardworking
* No difficulties i
AUGUST
* Loves to joke
* Attractive
* Suave and caring
* Brave and fearless
* Firm and has leadership qualities
* Knows how to console others
* Too generous and egoistic
* Takes high pride of oneself
* Thirsty for praises
* Extraordinary spirit
* Easily angered
* Angry when provoked
* Easily jealous
* Observant
* Careful and cautious
* Thinks quickly
* Independent thoughts
* Loves to lead and to be led
* Loves to dream
* Talented in the arts, music and defense
* Sensitive but not petty
* Poor resistance against illnesses
* Learns to relax
* Hasty and rushy
* Romantic
* Loving and caring
* Loves to make friends
SEPTEMBER
* Suave and compromising
* Careful, cautious and organized
* Likes to point out people's mistakes
* Likes to criticize
* Quiet but able to talk well
* Calm and cool
* Kind and sympathetic
* Concerned and detailed
* Trustworthy, loyal and honest
* Does work well
* Sensitive
* Thinking
* Good memory
* Clever and knowledgeable
* Loves to look for information
* Must control oneself when criticizing
* Able to motivate oneself
* Understanding
* Secretive
* Loves sports, leisure and traveling
* Hardly shows emotions
* Tends to bottle up feelings
* Choosy especially in relationships
* Loves wide things
* Systematic
OCTOBER
* Loves to chat
* Loves those who loves him
* Loves to takes things at the centre
* Attractive and suave
* Inner and physical beauty
* Does not lie or pretend
* Sympathetic
* Treats friends importantly
* Always making friends
* Easily hurt but recovers easily
* Bad tempered
* Selfish
* Seldom helps unless asked
* Daydreamer
* Very opinionated
* Does not care of what others think
* Emotional
* Decisive
* Strong clairvoyance
* Loves to travel, the arts and literature
* Soft-spoken, loving and caring
* Romantic
* Touchy and easily jealous
* Concerned
* Loves outdoors
* Just and fair
* Spendthrift and easily influenced
* Easily lose confidence
NOVEMBER
* Has a lot of ideas
* Difficult to fathom
* Thinks forward
* Unique and brilliant
* Extraordinary ideas
* Sharp thinking
* Fine and strong clairvoyance
* Can become good doctors
* Careful and cautious
* Dynamic in personality
* Secretive
* Inquisitive
* Knows how to dig secrets
* Always thinking
* Less talkative but amiable
* Brave and generous
* Patient
* Stubborn and hard-hearted
* If there is a will, there is a way
* Determined
* Never give up
* Hardly become angry unless provoked
* Loves to be alone
* Thinks differently from others
* Sharp-minded
* Motivates oneself
* Does not appreciates praises
* High-spirited
* Well-built and tough
* Deep love
DECEMBER
* Loyal and generous
* Patriotic
* Active in games and interactions
* Impatient and hasty
* Ambitious
* Influential in organizations
* Fun to be with
* Loves to socialize
* Loves praises
* Loves attention
* Loves to be loved
* Honest and trustworthy
* Not pretending
* Short tempered
* Changing personality
* Not egoistic
* Takes high pride in oneself
* Hates restrictions
* Loves to joke
* Good sense of humor
Jumaat, September 22, 2006
kebosanan
habis je download, aku basuh baju yang dah seminggu tak di basuh. lepas tu kul 10mlm aku start duduk depan TV nengok one in a million. Bagi aku biasa je le performance nie sebab aku nie tak de le nak kata support sangat program realiti nie. Cuma nak mengikuti perkembangan semasa je.
Dah cukup masa aku masuk bilik tido sebb esok nak keje dan juga petang nye aku ada kelas dr kul 2ptg sampai kul 6 ptg.
Jumpa lagi
adios
.:FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH
Sayidina Ali Abi Talib r.a meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah s.a.w iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda yang maksudnya,
Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya
Malam ke 3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semuga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka
Malam ke 4
Memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang menbaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran
Malam ke 5
Dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Majidil Aqsa
Malam ke 6
Dikurniakan pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa agar diampunkan dosa-dosanya
Malam ke 7
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolongnya itu menentang Fir’aun dan Hamman
Malam ke 8
Dikurniakan pahala sebagaimana pahala yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim a.s
Malam ke 9
Dikurniakan pahala serta diangkat ibadahnya seperti Nabi Muhammad s.a.w
Malam ke 10
Dikurniakan ke atasnya kebaikan hidup di dunia dan akhirat
Malam ke 11
Meninggal dunia di dalam keadaan seperti ia baru dilahirkan
Malam ke 12
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan mukanya bercahaya
Malam ke 13
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan
Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikannya serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkannya
Malam ke 15
Malaikat-malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan memohon agar Allah S.W.T mengampunkannya
Malam ke 16
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
Malam ke 17
Allah S.W.T menulis baginya pahala sebanyak pahala para nabi-nabi
Malam ke 18
Malaikat akan menyeru, “Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah S.W.T telah redha ke atas mu dan ke atas kedua ibubapa mu.”
Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus
Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan ke atasnya pahala sekelian orang yang mati shahid dan orang yang soleh
Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 22
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 24
Dikurniakan ke atasnya pahala dua puluh tahun ibadat
Malam ke 25
Dilepaskan dari seksa kubur
Malam ke 26
Dikurniakan ke atasnya pahala empat puluh tahun ibadat
Malam ke 27
Dikurniakan ke atasnya kemudahan melintasi titian sirat seperti kilat
Malam ke 28
Allah S.W.T menaikkan kedudukannya seribu darjat diakhirat
Malam ke 29
Dikurniakan ke atasnya pahala seribu haji yang mabrur
Malam ke 30
Allah S.W.T memberikan penghormatan kepadanya dengan Firman-Nya, “Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”
Selain dari fadhilat-fadhilat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih dan Qiamulail di malam bulan Ramadhan sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w
SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH
Khamis, September 14, 2006
Nilai RM5.: sama sama le kita merenung diri kita :.
1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik,tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar.Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur." Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! " Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah.Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar.Tidaklah hidup susah seperti itu.Bodoh!!
" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit.Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia.Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu- sedu.Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!" " Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini.Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan,aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan,takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan akudengan rasa curiga bertanya terus. " Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah,membukanya satu satu,perlahan-lahan dan terketar.
Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura,menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak." Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. " Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan,jangan mati."
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia.Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.
*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."
Rabu, Julai 05, 2006
Takut juga nak menghadapi peperiksaan , Maklum le daya ingatan untuk menghadapi soalan peperiksaan tak le sekuat masa muda dulu kan. Harap harap bulan oktober nie aku mampu menjawab dengan baik setiap soalan yang di kemukakan.
Itu pasal study aku. Lagi satu bulan lepas aku dah kurang satu beban di mana adik pompuan aku dah kawin. So kurang le tanggungjawab sebagai seorang wali atau abang yang sulung. Alamatnye tunggu je lah 9 bulan lagi tanggungjawab sebagai pakcik plak hehehehe
Rabu, Mac 29, 2006
dalam melauhkan isi hati ini mari kita bergembira dengan permainan ini hehehehe . atas tue saje je buat mukaddimah sebab tak tahu nak tulis apa . Ala ala mat jiwang gitew
http://www.cartoonnetwork.com/games/action/tj/whatsthecatch/game.swf
Isnin, Mac 06, 2006
PANTUN HARGA MINYAK NAIK
Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi
Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki
Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka
Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat
Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat
Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu...yang lima tahun sekali tu....sapa bagi??
Tiap kali naik harga, dok banding sini sana
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga
Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa
Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya
Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa
Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la....tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta....
Hari nie petrol naik, tahan la lagi
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbang naik sekali
Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap
Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie
Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai
Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah
Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara ku
Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu
Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat
Cukup la sampai di sini
Tobat dah...aku tak mengundi BN kali nie
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani
Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi...
Khamis, Januari 26, 2006
SUPPRISE!!!!


Bosannye aku minggu nie, Bukannya apa keje dah tak banyak di office aku tue. maklum le office aku nie semua ne chinese so aku sorang je melayu. maka bahang perayaan tahun baru cina amat le terasa di pejabat aku . Kena plak supplier aku pun ramai yang dah start cuti so aku nie tak banyak sangat keje nak di buat di office aku tue. kalo tak melayan kekawan di YM maka aku surfing net. Aiiik ini kan keje aku buat sourcing locally dan international. Oppps sorry tercerita plak pasal keje hehehe.... mINGGU NIE aku asyik balik awal je. Bosan stay lelama di office tu.. So hari nie aku terasa nak makan makaroni plak. Jadi menu kita hari nie ialah masakan itali .... simple dan cepat. Periuk pun tak banyak nak membasuh.
Jumaat, Januari 20, 2006
KAWAIII

Tentu ada yang tertanya apa plak kawai tu. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu , selepas aku tanya "kawan" aku sorang nie rupanya ianya adalah japanese language yang bermaksud "suka". Mana tak nye bila dia ada kelapangan tu, dia akan sms atau chat dengan aku kat YM . So happy lah dia sikit ... dia tu dah kena tekanan perasaan sebab belajar bersungguh sungguh. So aku nie lah yang menjadi tempat dia menghiburkan hati dia yang sepi kat sana. Betul ke nie...... entah lah nanti biar dia sendiri yang baca blog nie dan buat komen ... Aku gembira hari nie sebab minggu nie aja aku selalu sampai umah awal atau pun pegi keje lewat. Semua nie gara gara jumpa supplier yang mana most of aku nye supplier di perai. So dalam termenungkan nasib aku kat atas feri sempat juga aku ambil photo .... kelakar le plak sebab orang penang pun ambik gambar atas feri juga... alah ala ala pelancung gitue...

Wah... tenguk tu cantik kan penang nie... mana ada negeri lain yang ada feri secantik ini. kalo ada pun hanyalah kapal atau sampan je... makanan di penang nie pun sedap sedap juga sebab tu ramai kekawan aku nie suka makan je... Kalo yang kurus makin montel... kalo yang montel tu semakin montell le jawabnya. hahaha.... Apa yang aku melalut nie ... Anyway this is a great life in penang. Aku dah kembali mendapat hidup seperti lima tahun dulu. Great food, people and etc....
Khamis, Januari 19, 2006
RUMAH KECIL
aku hari nie rasa happy sebab bila fikir balik selepas sekembalinya dari KL 4 bulan lepas ..... aku dah ada sebuah rumah kecik yang mana ianya hasil peluh aku sendiri. Walaupun umah nie kecik tapi cukup le untuk aku tinggal sorang . Perabut dalam umah aku nie pun aku bawa balik dari KL... so nak cari di penang nie susah le sikit sebab design nye memang tak de di penang nie... tapi murah je barang barang dalam umah aku nie...hehehehe

so seronok juga tinggal kat umah kecik nie sebab ada sedikit privacy . Sekeliling umah aku majoritinya adalah student. So tak de cik tipah, cik nab atau cik kiah yang nak buat ketupat petang petang.opppssss jangan yang tersentap tau ... tapi ini lah realitinya kalo hidup dengan jiran yang dah berkeluarga. tambahan plak makcik2 yang suka lepak kat bawah ke... tak tahan aku nanti. mujurlah rukun tetangga di sini selalu buat rondaan so tak de lah port orang tua nak buat ketupat atau lemang di luar musim perayaan.

So hujung minggu nie aku update kan cite yang lain plak. atau mungkin gambar aku plak ke ... so komen lah sikit ye nanti
Ahad, Januari 15, 2006
sepi dan sunyi nye

nak kata hidup bosan nie kekadang tu aku memang le terasa sebab tiada siapa di sisi aku nie. namun aku terpaksa juga cekal hati dan perasaan aku melawan gelojak hati yang sunyi dengan mendekati kawan kawan aku yang banyak mengambail berat terhadap diri ku. Aku tahu kekadang aku nie overhappy bila bersama mereka tapi hanya tuhan saje yang tahu betapa kosong nye hati dan perasaan aku masa itu. kekadang mahu saje aku lari dari rasa bosan nie dengan balik semula ke kuala lumpur tapi apa nak buat aku sudah cuba untuk tidak lagi mengingatkan kisah silam hidup di sana. Aku telah berjaya mengejar impian aku semasa berada di KL dahulu . So aku masih berkeyakinan yang aku membuat pilihan yang tepat untuk pulang semula ke negeri asal ku ini. mungkin baru 3 bulan aku pulang jadi aku belum lagi terasa ada kawan yang sekepala dengan aku di sini. Aku rindukan kawan kawan lama aku seperti cik siti (dah pulang ke sabah ) kung (dah kawin so ak leh le nak keluar clubbing lg dgn dia), Puteh (baru je keje dengan company baru), azman (anak hayyam yang tgh bz nak tukar keje), harizam ( dah kena ikat dgn mak ayah tak leh kluar umah) dan ramai lagi.... mereka ini lah yang kawan yang paling rapat sebelum aku berhijrah ke kuala lumpur 6 tahun dulu. aku dah anggap mereka nie mcm keluarga aku sebab aku nie anak yatim piatu . mk ayah dah tak de . mereka telah meninggalkan aku 5 tahun dahulu belum sempat aku menabur bakti kepada mereka..
anyway bila dah pulang ke penang pada awal bulan oktober 2005, aku bertemu kawan baru yang mana mereka nie sudah pun bercouple. heheheh tapi takpernah le plak aku nak celah bedah dengan couple dia orang sebab bagi aku kawan tetap kawan dan aku tak nak nanti di gelar kawan makan kawan plak


