Ahad, Januari 15, 2006

sepi dan sunyi nye


nak kata hidup bosan nie kekadang tu aku memang le terasa sebab tiada siapa di sisi aku nie. namun aku terpaksa juga cekal hati dan perasaan aku melawan gelojak hati yang sunyi dengan mendekati kawan kawan aku yang banyak mengambail berat terhadap diri ku. Aku tahu kekadang aku nie overhappy bila bersama mereka tapi hanya tuhan saje yang tahu betapa kosong nye hati dan perasaan aku masa itu. kekadang mahu saje aku lari dari rasa bosan nie dengan balik semula ke kuala lumpur tapi apa nak buat aku sudah cuba untuk tidak lagi mengingatkan kisah silam hidup di sana. Aku telah berjaya mengejar impian aku semasa berada di KL dahulu . So aku masih berkeyakinan yang aku membuat pilihan yang tepat untuk pulang semula ke negeri asal ku ini. mungkin baru 3 bulan aku pulang jadi aku belum lagi terasa ada kawan yang sekepala dengan aku di sini. Aku rindukan kawan kawan lama aku seperti cik siti (dah pulang ke sabah ) kung (dah kawin so ak leh le nak keluar clubbing lg dgn dia), Puteh (baru je keje dengan company baru), azman (anak hayyam yang tgh bz nak tukar keje), harizam ( dah kena ikat dgn mak ayah tak leh kluar umah) dan ramai lagi.... mereka ini lah yang kawan yang paling rapat sebelum aku berhijrah ke kuala lumpur 6 tahun dulu. aku dah anggap mereka nie mcm keluarga aku sebab aku nie anak yatim piatu . mk ayah dah tak de . mereka telah meninggalkan aku 5 tahun dahulu belum sempat aku menabur bakti kepada mereka..

anyway bila dah pulang ke penang pada awal bulan oktober 2005, aku bertemu kawan baru yang mana mereka nie sudah pun bercouple. heheheh tapi takpernah le plak aku nak celah bedah dengan couple dia orang sebab bagi aku kawan tetap kawan dan aku tak nak nanti di gelar kawan makan kawan plak

Tiada ulasan: