Khamis, Julai 31, 2008

renungan yang berguna

ermmmm aku dpt email nie dari kawan aku. So aku rasa sekali sekala patut juga aku buat amal jariah . So mari kita baca ye adik2 sekelian dan cuba yang termampu

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis
buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu. ..

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus.


Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat
hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah
satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Aminnnnnn...

Isnin, Julai 28, 2008

wangian online

15 July hari tu entah macam mana aku tergatal tangan untuk order one of aku nye favourite. Tapi aku tak pernah lagi beli tanpa menghidunye. iyeee le wangian2 nie kalo kita nak beli harus le kita letak pada kulit kita dan tengok tindakbalas kimia tu sesuai atau tak dengan body odour kita kan. But after a few research dlm internet , aku nak tahu samada bau dia mcm mana. Husky ke, woody , spicy ke akhirnye aku kata " ALA ORDER JE"


so aku pun submit le borang nye 2 minggu lepas and this morning Nationwide express sampai ke opis aku dan aku menerima satu bungkusan dari penat lelah aku mengisi form hari tu.


hahahaha dan ini lah kotak yang aku terima tue


dan aku suka bau nye yang memenuhi cita rasa dan deria bau aku nie. aku tersenyum je kat opis sehingga kan a few kawan opis aku pun noticed benda nie. Iyeee le benda yang aku suka buat koleksi dah sampai dan aku tak salah membeli nye. See the sexy botol nye. hehehehe

Khamis, Julai 24, 2008

sales ... sales .... and sales

hahahaha

hari nie aku berjaya berpuasa dari bershopping. Yang pertama aku berjaya escapekan diri aku dari J-card day di Midvalley dan kedua nye aku berjaya ignore sales di IKEA. walaupun ada kawan yang mengajak tapi aku malas nak pegi. sebab tak de plan nak beli apa pun.

even dulu aku ex-staff but aku merasakan herga nye still not at my expectation. .

Rabu, Julai 23, 2008

Burger

Ermmmm hari nie aku rasa mcm nak makan burger je.

jap aku nak gi beli burger le.

Selasa, Julai 22, 2008

Sushi Groove

entry semelam aku dah kasi tau pasal restoran jepun yang aku pegi. Yes aku agreed dengan officemate aku Corine . This restaurant memang sedikit kelainan dengan Sushi King. makanan nye lebih taste sikit. Dan yang penting sesuai dengan tekak aku. Sesuai ke tekak melayu makan dengan makanan jepun. Lu pikir le sendiri



Nice deco kannnn.






and this is our lunch meals. Enjoyyyyyyyy



Isnin, Julai 21, 2008

sejuk ke?

20 July ( ahad)

ahad aku sepatutnye ke Semenyih umah kawan baik aku tetiba dia kata masalah dia dah selesai. So aku dengan fitri tak de plan nak buat apa. call pakcik tailor nak hantar kain baju melayu yang aku beli semalam , pakcik tu kata dia tutup kedai hari nie. So kepala buntu kejap. Suddenly aku terkata " apa kata kita lepak di Genting , petang kita turun le" and he agreed.



So aku telepon Shafikah samada dia nak join atau tak. so kul 11pagi ambik shafikah di kolej dia dan terus drive ke genting. Malang sungguh bila sampai Skyway under maintenance dan kita org terus drive sampai ke puncak.

kabus yang tebal dan langit gelal semacam je. nak hujan le tue rasa nye. lepas je parking terus kita orang menuju ke KFC dan lunch di sana. sambil makan di luar sana hujan turun dengan lebat. What a day today. Tak boleh le nak bersuka ria di luar.



So kita orang pun lepak2 je kat dalam sampai kul 6 ptg baru gerak turun ke KL semula.

santai

aktiviti minggu lepas ada le a few activities yang aku buat

19 July (sabtu)

Punya le semangat bangun awal pagi. U know what i did. Pegi gym di Plaza Pheonix dan beli nasi lemak yang sedap rasa nye di hadapan Produa service centre bandar tun razak. Habis je breakfast aku dengan Fitri terus gerak ke GSC One utama. tiket wayang dah beli since hari rabu . nak tengok cite Journey To The Center Of The Earth. So aku kasi 4 bintang untuk jalan cerita nye sebb ia nye lebih kurang sama dengan jalan cerita fiksyen lain.hehehe


Habis cite yang menarik nie, kita orang pun lepak2 le keliling bangunan one utama nie. Masuk jusco but nothing special.and after that we decide lunch kat Sushi Groove. Deco nye agak menarik sekali. Ianya sebuah restoran japan. Thats why le nama nye SUSHI GROOVE.( i tell you about this SUSHI GROOVE in another chapter) Habis makan we all jalan2 lagi and baru aku teringat yang aku belum beli kain untuk di buat bahu melayu. WHo say raya lambat lagi. Lagi 2 bulan lebih je lagi. So kalo nak tempah tailor harus le kena beli kain sekarang. So terus kami bergerak ke area masjid India / TAR.

Fitri suggest kita orang tengok kain di Jakel. baru je menjengah kaki di tingkat satu dah terserempak dengan Sham. Dia teman mak angkat dia kot yang keje satu opis dengan dia. lepas sembang lite2 kita orang pun pusing punya pusing unfortunately satu kain pun aku tak berkenan. Price nye langsung tak setanding dengan kualiti fabrik. nasib baik le aku ada pengalaman kerja dengan retail industry nie. So kita orang buat keputusan jejalan ke Harison plak. but sebelum tu sempat masuk ke kedai area situ juga. Masuk je harison the first question yang aku tanya akak tu, tahun nie warna apa yang ramai orang beli. Akak sales tu kaya warna hijau dan purple. ermmmm tak jadi le aku ambik warna hijau takut nanti sama plak materialnye. lepas meluangkan masa sejam kat harison tu terus aku sambar kain silk warna coklat tanah dan sehelai sampin.

malam lepas rehat kat umah dlm kul 10 gitew, call asri tanya kalo dia nak join kita orang jalan2 pusing KL tengah malam nanti, and he confirmed nak join. and you know where we heading to? kekekeke cuci mata di kolam air panas Selayang. kawan aku sorang nie teruja dengan suasana di sana. Malumle 4 thn sudah aku pegi situ,kolam air panas nye di tengah2 belukar dan sekrang dah cerah dan ada gerai makan. orang ramai plak tue. but as usual ianye telah di upgrade menjadi komersial sikit

Jumaat, Julai 18, 2008

Kapal oh Kapal

Semalam teramat busy dengan keje di opis. banyak sangat vendor yang aku nak update. Dan banyak plak songeh finance nie. As a treatment habis keje aku terus ke kampung Baru. Apa lagi nak buat. Release tension le di sana dengan melantak western food. Kira nye ini kali kedua le aku datang ke kedai nie. Rasa nye pun dah kurenggg sikit compare dengan dulu.



yang menarik tentang kedai nie ada kapal yang besar di tengah2 kedai nye. Di situ le segala chef menunjukkan kepakaran memasak mereka dan di situ le juga "tukang kutip cukai" aka cashier kaunter berada.

selamat menjamu selera . hahaha

Isnin, Julai 14, 2008

Alor gajah

ermmm what i did last weekend???
melawat keluarga angkat di Alor gajah dan sampai je sana kul 11pagi terus di hidang dengan manisan. You know what???? this is my favourite dessert. Bubur Durian yang sangat pekat. Pekat dengan isi2 durian yang manis. maklum le Alor gajah ni banyak dusun. Dan family angkat aku nie pun memang ada pokok durian dan rambutan di belakang umah dia orang. So aku pun apa lagi, bedal je leeee kan sebb lapar tak makan breakfast dari pagi tadi

credit to mak angkat aku yang sanggup masak pelbagai jenis makanan ( x sempat nak snap snap plak)

sempat lagi ke belakang umah nak menjolok buah rambutan

tukang kutip buah rambutan

hasil nye .........

.

Jumaat, Julai 11, 2008

Intifadha Corner

semalam habis keje we decided to makan2 at Kajang. And my best friend told me better makan di gerai yang tak jauh dari Satay Haji Samuri which called Intifadha Corner and i agreed. Sound like Islam hadhari erkkk. hehehehe Well this place similar with Satay Samuri but a bit small larrr. And thier food..... ermmm not bad. Ordered "USA fried Rice", a few satay and soup.

rasa satay nye a bit difference with Samuri. More solid and manis nye tidak seperti di letakkan gula. Even it was not famous as Samuri satay but i enjoy the meals.


The gerai that we went and had our chit chat and meal


kawan aku nie busy dok bercakap dengan laki dia. hehehehe lapor diri ke?????





our meal

Selasa, Julai 08, 2008

Penyakit dah sampai

hari nie aku rasa bosan dan malas nak bekerja. Bukannye keje x de tapi entahhhh le, susah nak describe perasaan nie bila penyakit malas menjelma. Aku nye workstation makin bertambah dengan kertas kerja , sample, brochure dari vendor. nak kata aku tak kemas , kemas juga seminggu sekali tapi entah le semakin malas nak kemas. Maklum le workstation aku nie kecik je jika di bandingkan dengan org lain yang satu level dengan aku. Mungkin sebb dia orang ingat bos aku base di Sydney so x perlu le nak letak meja aku besar2 sikit. maklum le semua paperwork paperless gitewww. tapi local vendor suka kasi semua paperwork via fax. So tak dpt juga aku nak kekalkan paperless kat aku nye workstation nie.


walaupun muka aku x hensome namun baju tu yang aku suka


work station aku yang makin bersepah



Isnin, Julai 07, 2008

Hang Tuah return????

hehehehe saje je letak title Hang Tuah return. maklum le baru balik dr melaka semalam. Tido di sana for a night. Suprisingly all hotel full but managed to get the Grand Continental.



Masak pedas Melaka

Takkan tahu hotspot di melaka nie

Sungai Melaka

makan2 ikan bakar di Umbai Seafood Centre

Khamis, Julai 03, 2008

beratkah aku????

untuk mencari berat badan yang sesuai dengan aku mcm susah je nak achieve but for sure this need to work hard and sacrify a lot of things.

But main question here..... BOLEH KE



hehehehe

Rabu, Julai 02, 2008

ADAB BERSAHABAT

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab &
punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum
ianya berlaku.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya
menyekat perhubungan dgn insan lain.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

1 1. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Selasa, Julai 01, 2008

setahun sudah

dalam diam tak diam, dah setahun aku kerja di syarikat sekarang nie.dan aku rasa comfortable dengan syarikat sekarang nie. Bos yang supportive membuatkan aku rasa senang dan tenang keje di sini.

Opis di Syndey nie aku pegi setahun lepas dan masih dalam kenangan. Opis di malaysia plak mcm mana? hehehehe