bila sampai je KLIA punya le ramai umat manusia. betul cakap kawan aku yang keje kat KLIA tu. flight morning memang ramai orang. So kalo sesapa nak ambik flight morning ke mana2 sila pastikan anda sampai 3 jam sebelum penerbangan. Bukan apa ramai sangat yang beratur. Lepas checkin luggage perut terasa lapar terus le melantak makan KFC kat KLIA.
untuk penerbangan kali nie aku kasi 4 bintang. Tak banyak masalah untuk penerbangan dan sarapan pagi nye OK OK sajo. aku pilih nasi lemak sajo sebb nak makanan yang heavy sikit. so nanti kalo dah sampai jakarta tu x de le kebulur nak cari kedai makan. hiks
Teh, Coffee or orange juice sir!!!!!!
cantik sungguh keindahan alam yang di jadikan-NYA( pemandangan dari tingkap kapal)
sudah nampak tanah besar dan kepulauan indonesia dari atas.
dan akhirnye tepat jam 1130 waktu jakarta kita orang pun selamat sampai airport. so kita orang bergegas ambil taxi di luar airport. Just a gentle reminder kalo korang nak ke sana di nasihatkan naik Taxi Bluebird sebb dia orang nie pakai meter. Ada juga ulat2 berkeliaran. ada yang nak charge IDR 200K dan ada yang IDR 180K tapi kita orang pilih naik taxi bluebird hanya IDR135K sajo. oleh kerana jalan sesak teruk menuju ke bandar dr airport perjalanan sejauh 30km itu mengambik masa lebih kurang 1 jam. very the hazab.
bila sampai hotel terus check-in. Masuk je hotel agak gembira sebb bilik yang besar dan teratur. so kemas2 baju sikit dan pilih baju nak ke Ancol plak. Hadapan hotel nak masuk Mangga Dua Square
Welcome drink - terima kasih novotel hehehehe
tempat tido aku selama 3 hari 2 malam
Selesai sudah kemas baju dlm beg terus kita orang berjalan kaki sepanjang 1KM dr hotel ke Ancol Dreamland.Dan di dalam ancol dreamland nie memang besar. Cukup kagum dengan kehebatan tempat ini. Ianya seumpama taman tema air di sunway yang di kombinasikan dengan Taman tema di genting. So kita orang spend almost jam dlm tempat nie. itu pun masih ada a few tempat dan permainan yang kita orang x sempat main sebb hujan turun.





























Nantikan entry ke2 plak pasal shoping2 di Jakarta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan