Isnin, September 25, 2006

birth month mean

What your Birth month means


January
* Ambitious and serious
* Loves to teach and be taught
* Always looking at people's flaws and weaknesses
* Likes to criticize
* Hardworking and productive
* Smart, neat and organized
* Sensitive and has deep thoughts
* Knows how to make others happy
* Quiet unless excited or tensed
* Rather reserved
* Highly attentive
* Resistant to illnesses but prone to colds
* Romantic but has difficulties expressing love
* Loves children
* Homely person
* Loyal
* Needs to improve social abilities
* Easily jealous
FEBRUARY
* Abstract thoughts
* Loves reality and abstract
* Intelligent and clever
* Changing personality
* Temperamental
* Quiet, shy and humble
* Low self esteem
* Honest and loyal
* Determined to reach goals
* Loves freedom
* Rebellious when restricted
* Loves aggressiveness
* Too sensitive and easily hurt
* Showing anger easily
* Dislike unnecessary things
* Loves making friends but rarely shows it
* Daring and stubborn
* Ambitious
* Realizing dreams and hopes
* Sharp
* Loves entertainment and leisure
* Romantic on the inside not outside
* Superstitious and ludicrous
* Spendthrift
* Learns to show emotions

MARCH
* Attractive personality
* Affectionate
* Shy and reserved
* Secretive
* Naturally honest, generous and sympathetic
* Loves peace and serenity
* Sensitive to others
* Loves to serve others
* Not easily angered
* Trustworthy
* Appreciative and returns kindness
* Observant and assess others
* Revengeful
* Loves to dream and fantasize
* Loves traveling
* Loves attention
* Loves home decors
* Musically talented
* Loves special things
* Moody





APRIL
* Active and dynamic
* Decisive and hateful but tends to regret
* Attractive and affectionate to oneself
* Strong mentality
* Loves attention
* Diplomatic
* Consoling
* Friendly and solves people's problems
* Brave and fearless
* Adventurous
* Loving and caring
* Suave and generous
* Emotional
* Revengeful
* Aggressive
* Hasty
* Good memory
* Moving
* Motivate oneself and the others
* Sickness usually of the head and chest
* Easily get too jealous
MAY
* Stubborn and hard-hearted
* Strong-willed and highly motivated
* Sharp thoughts
* Easily angered
* Attracts others and loves attention
* Deep feelings
* Beautiful physically and mentally
* Firm standpoint
* Easily influenced
* Needs no motivation
* Easily consoled
* Systematic (left brain)
* Loves to dream
* Strong clairvoyance
* Understanding
* Sickness usually in the ear and neck
* Good imagination
* Good debating skills
* Good physical
* Weak breathing
* Loves literature and the arts
* Loves traveling
* Dislike being at home
* Restless
* Hardworking
* High spirited
* Spendthrift
JUNE
* Thinks far with vision
* Easily influenced by kindness
* Polite and soft-spoken
* Having lots of ideas
* Sensitive
* Active mind
* Hesitating
* Tends to delay
* Choosy and always wants the best
* Temperamental
* Funny and humorous
* Loves to joke
* Good debating skills
* Talkative
* Daydreamer
* Friendly
* Knows how to make friends
* Abiding
* Able to show character
* Easily hurt
* Prone to getting colds
* Loves to dress up
* Easily bored
* Fussy
* Seldom show emotions
* Takes time to recover when hurt
* Brand conscious
* Executive
* Stubborn
* Those who loves me are enemies
* Those who hates me are friends





JULY
* Fun to be with
* Secretive
* Difficult to fathom and to be understood
* Quiet unless excited or tensed
* Takes pride in oneself
* Has reputation
* Easily consoled
* Honest
* Concern about people's feelings
* Tactful
* Friendly
* Approachable
* Very emotional
* Temperamental and unpredictable
* Moody and easily hurt
* Witty and sarky
* Sentimental
* Not revengeful
* Forgiving but never forgets
* Dislike nonsensical and unnecessary things
* Guides others physically and mentally
* Sensitive and forms impressions carefully
* Caring and loving
* Treats others equally
* Strong sense of sympathy
* Wary and sharp
* Judge people through observations
* Hardworking
* No difficulties i
AUGUST
* Loves to joke
* Attractive
* Suave and caring
* Brave and fearless
* Firm and has leadership qualities
* Knows how to console others
* Too generous and egoistic
* Takes high pride of oneself
* Thirsty for praises
* Extraordinary spirit
* Easily angered
* Angry when provoked
* Easily jealous
* Observant
* Careful and cautious
* Thinks quickly
* Independent thoughts
* Loves to lead and to be led
* Loves to dream
* Talented in the arts, music and defense
* Sensitive but not petty
* Poor resistance against illnesses
* Learns to relax
* Hasty and rushy
* Romantic
* Loving and caring
* Loves to make friends
SEPTEMBER
* Suave and compromising
* Careful, cautious and organized
* Likes to point out people's mistakes
* Likes to criticize
* Quiet but able to talk well
* Calm and cool
* Kind and sympathetic
* Concerned and detailed
* Trustworthy, loyal and honest
* Does work well
* Sensitive
* Thinking
* Good memory
* Clever and knowledgeable
* Loves to look for information
* Must control oneself when criticizing
* Able to motivate oneself
* Understanding
* Secretive
* Loves sports, leisure and traveling
* Hardly shows emotions
* Tends to bottle up feelings
* Choosy especially in relationships
* Loves wide things
* Systematic





OCTOBER
* Loves to chat
* Loves those who loves him
* Loves to takes things at the centre
* Attractive and suave
* Inner and physical beauty
* Does not lie or pretend
* Sympathetic
* Treats friends importantly
* Always making friends
* Easily hurt but recovers easily
* Bad tempered
* Selfish
* Seldom helps unless asked
* Daydreamer
* Very opinionated
* Does not care of what others think
* Emotional
* Decisive
* Strong clairvoyance
* Loves to travel, the arts and literature
* Soft-spoken, loving and caring
* Romantic
* Touchy and easily jealous
* Concerned
* Loves outdoors
* Just and fair
* Spendthrift and easily influenced
* Easily lose confidence
NOVEMBER
* Has a lot of ideas
* Difficult to fathom
* Thinks forward
* Unique and brilliant
* Extraordinary ideas
* Sharp thinking
* Fine and strong clairvoyance
* Can become good doctors
* Careful and cautious
* Dynamic in personality
* Secretive
* Inquisitive
* Knows how to dig secrets
* Always thinking
* Less talkative but amiable
* Brave and generous
* Patient
* Stubborn and hard-hearted
* If there is a will, there is a way
* Determined
* Never give up
* Hardly become angry unless provoked
* Loves to be alone
* Thinks differently from others
* Sharp-minded
* Motivates oneself
* Does not appreciates praises
* High-spirited
* Well-built and tough
* Deep love
DECEMBER
* Loyal and generous
* Patriotic
* Active in games and interactions
* Impatient and hasty
* Ambitious
* Influential in organizations
* Fun to be with
* Loves to socialize
* Loves praises
* Loves attention
* Loves to be loved
* Honest and trustworthy
* Not pretending
* Short tempered
* Changing personality
* Not egoistic
* Takes high pride in oneself
* Hates restrictions
* Loves to joke
* Good sense of humor

Jumaat, September 22, 2006

kebosanan

Hari nie perjalanan hidup aku mcm biasa je. bangun pegi keje punya le awal 530 dah terjaga dari tido . lepas tu kat opis plak x de keje nak buat asgik surf internet je..... cukup kul 12 aku melantak dengan opismate aku... plannye nak balik awak tercapai juga impian aku. Aku gi jumpa supplier kat Perai sebab sabtu aku ada shipment ke Bangkok. So aku pun ambik le peluang tu jumpa supplier jap . Aku sampau umah kul 530. Tiba je kat umah aku minta housemate aku tolong download movie yang dia ada dlm laptop aku. Punya lama ambik masa untuk download tu . Dari kul 6ptg sampai le kul 830 mlm. Tapi banyak le movie yang di download aku dr laptop dia ke laptop aku.

habis je download, aku basuh baju yang dah seminggu tak di basuh. lepas tu kul 10mlm aku start duduk depan TV nengok one in a million. Bagi aku biasa je le performance nie sebab aku nie tak de le nak kata support sangat program realiti nie. Cuma nak mengikuti perkembangan semasa je.

Dah cukup masa aku masuk bilik tido sebb esok nak keje dan juga petang nye aku ada kelas dr kul 2ptg sampai kul 6 ptg.

Jumpa lagi

adios

.:FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Sayidina Ali Abi Talib r.a meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah s.a.w iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda yang maksudnya,


Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya
Malam ke 3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semuga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka
Malam ke 4
Memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang menbaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran
Malam ke 5
Dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Majidil Aqsa
Malam ke 6
Dikurniakan pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa agar diampunkan dosa-dosanya
Malam ke 7
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolongnya itu menentang Fir’aun dan Hamman
Malam ke 8
Dikurniakan pahala sebagaimana pahala yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim a.s
Malam ke 9
Dikurniakan pahala serta diangkat ibadahnya seperti Nabi Muhammad s.a.w
Malam ke 10
Dikurniakan ke atasnya kebaikan hidup di dunia dan akhirat
Malam ke 11
Meninggal dunia di dalam keadaan seperti ia baru dilahirkan
Malam ke 12
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan mukanya bercahaya
Malam ke 13
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan
Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikannya serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkannya
Malam ke 15
Malaikat-malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan memohon agar Allah S.W.T mengampunkannya
Malam ke 16
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
Malam ke 17
Allah S.W.T menulis baginya pahala sebanyak pahala para nabi-nabi
Malam ke 18
Malaikat akan menyeru, “Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah S.W.T telah redha ke atas mu dan ke atas kedua ibubapa mu.”
Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus
Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan ke atasnya pahala sekelian orang yang mati shahid dan orang yang soleh
Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 22
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 24
Dikurniakan ke atasnya pahala dua puluh tahun ibadat
Malam ke 25
Dilepaskan dari seksa kubur
Malam ke 26
Dikurniakan ke atasnya pahala empat puluh tahun ibadat
Malam ke 27
Dikurniakan ke atasnya kemudahan melintasi titian sirat seperti kilat
Malam ke 28
Allah S.W.T menaikkan kedudukannya seribu darjat diakhirat
Malam ke 29
Dikurniakan ke atasnya pahala seribu haji yang mabrur
Malam ke 30
Allah S.W.T memberikan penghormatan kepadanya dengan Firman-Nya, “Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”


Selain dari fadhilat-fadhilat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih dan Qiamulail di malam bulan Ramadhan sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w

SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH

Khamis, September 14, 2006

Nilai RM5.: sama sama le kita merenung diri kita :.

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis
1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik,tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar.Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur." Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! " Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah.Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar.Tidaklah hidup susah seperti itu.Bodoh!!

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit.Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia.Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu- sedu.Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!" " Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini.Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan,aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan,takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan akudengan rasa curiga bertanya terus. " Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah,membukanya satu satu,perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura,menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak." Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. " Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan,jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia.Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."