apa lah agak nye yang di maksudkan dengan di atas kan. Ianya sesuatu yang aku sendiri terkejut sebb aku dapat benda ini malam semalam. Maklum le setelah sekian lama aku hidup dengan cara menaiki kenderaan awam, ini lah dalam sejarah aku memiliki kenderaan 4 roda aku sendiri. Mana aku tak gembira, duit semua yang aku keluarkan adalah hasil duit aku sendiri dan aku tidak bergantung dengan sesiapa. Mungkin orang lain rasa benda nie perkara kecil sebab mereka mendapat duit hasil dari titik peluh orang lain seperti meminta pada ibubapa atau pertolongan sedara mara. Tapi aku amat berbangga dengan pencapaian diri aku sendiri sebab aku boleh mendapatkan tanpa bantuan sedara mara mahupun kawan2.
So hari nie aku datang kerje pun dengan kereta aku sendiri. Tak lagi penat nak menunggu bus dan naik LRT bagai. Aku pun dah bosan selama setahun berulang alik dari Sungai Besi ke Opis aku di PJ dengan naik public transport.
Semoga ianya dapat membantu aku lagi dalam memberi tumpuan yang lebih terhadap masa depan dan kerjaya aku sendiri.
di bawah ini antara list yang aku sendiri inginkan.
Property
Aku sudah memilik sebuah rumah yang aku beli di Penang, So harap ada rezeki untuk aku beli di kuala lumpur plak
Pendidikan
Telah menamatkan diploma aku dalam supply chain dan berharap aku dapat meneruskan Master in Supply Chain sebelum umur aku 35 tahun
Kenderaan.
Motorsikal yang dapat aku beli dulu selamat di gunakan dan di jaga dengan baik. Dan sekrang alhamdullilah aku mampu membeli sebuah kereta plak ( yang penting dengan duit hasil aku bekerja sendiri)
Kewangan
Aku berjaya melangsaikan segala hutang kredit kad aku tahun nie . Dan kini aku tidak lagi di bebani dengan segala hutang kad kredit. Aku juga telah cancelkan Citibank dan Standard Chartered aku sebb tak mahu lagi di belenggu dengan penggunaan kad kredit yang terlampau. hehehe
Melancung
Alhamdullilah selama setahun aku bekerja dengan US company sekrang, kewangan aku semakin stabil, dan hasilnye tahun lepas aku telah ke Sydney untuk urusan kerja dan sekaligus dapat melancung. Insya-allah kalo umur panjang, pertengahan tahun ini aku akan ke Bali , china ( atas urusan kerja) dan hujung tahun plak aku plan nak ke Bangkok. Harap ianya menjadi kenyataan.
Posting Terbaru!
-
Salam 2012... Rasanya nilah posting pertama aku tahun 2012 ni...dah nak
abis tahun pon.... Sebenarnya, banyak sangat benda berlaku kat aku tahun ni
dan ban...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan