Khamis, Januari 29, 2009

Langkawi 23 - 26 Jan 09

Alhamdullilah

akhirnye percutian ke Langkawi berakhir.

niat di hati untuk membeli pinggan mangkuk (ala ala makcik2 kata nye) terpaksa di batalkan memandangkan kurang selesa untuk di bawa naik kapal. lagi pun beg yang di bawa pun berat. maybe next trip le membeli nye

anyway here a some picture taken during my visit to Langkawi.

jalan menuju ke recpetion hotel , its madeteranian exterior

over view of my hotel room ( Awana Porto malai)

Encik Fitri suruh selitkan juga gambar dia dlm blog i , kekekeke

Model2 untuk di masukkan ke Majalah Pisang .

ferry heading back to Kuala Perlis, see you guys on next trip

Jumaat, Januari 23, 2009

Shopping list


malam nie aku akan bertolak ke Langkawi dengan Encik Fitri. dan esok pagi kaki ku akan menjejak pulau Lagenda ini.


ada beberapa barang yang aku nak beli untuk persiapan rumah baru ku nanti. Of course le pinggan mangkuk, coklat dan perfume.aku suka koleksi Corningware putih nie. nampak seksi tapi tak tahu le di langkawi esok ada ke atau tak.




Some chocolate sebagai buah tangan untuk kawan2




as it almost 6 month i have not purchase any perfume so i will take this opportunity untuk menambah koleksi 2009.

Isnin, Januari 19, 2009

away 19-22 Jan

hari nie 19hb Jan aku tidak masuk opis so aku telah setkan auto publish. Sebb aku tak masuk opis kerana aku menghadiri latihan for Certified Supply Chain Professional yang di sponsor oleh company. alhamdullillah semoga aku akan menjadi lebih maju di dalam kerjaya aku dan mana tahu rezeki aku nanto boleh juga jadi Procurement or Supply Chain manager/Director in one of those MNC company. ( itu le cite2 aku sebelum umur 35thn) . so please do expect that there is no reply from me start today sampai le Jumaat. Petang jumaat plak bertolak ke Langkawi. So mana tahu mungkin akan ada update / gossip live dr AWANA PORTO MALAI

anyway sedikit pciture pasal makan2 yang one of the department kat company aku keje organised. Jamuan makantu di adakan di SASAKE Japanese Buffet kat menara UOA KL. ala sebelah Pavillion tu je. I would recommend sesapa yang suka japanese food ke sana sebb banyak sangat pilihan nye. aku rasa more than 100 variety of japanese food. unfortunately gambar tak di benarkan. So ini je yang sempat aku curi2 ambik.




saw the guy at the back??????






common sushi that you can find in any japanese restaurant but here there have more then 20 variety

Ahad, Januari 18, 2009

Home deco - phase 2

hari nie seperti biasa je.

oleh kerana bilik tido ke-2 dan bilik wardrobe telah siap di kemas minggu lepas, so hari nie adalah sesi mengemas master bedroom plak. ye le kan hari bekerja mana ada masa nak buat itu semua. letih kata nye

mungkin ada yang kata di belakang sana "perlu ke ada bilik wardrobe tersebut sebb aku bukannye golongan artis yang perlukan baju bertimbun2" tapi jawapan nye perlu ke aku nak dengar cakap orang2 yang bukannye menghulurkan duit sewa umah aku nie pun. the REASON aku buat bilik wardrobe pun sebb aku nak menjadikan bilik tido itu lebih luas tanpa memerlukan sebarang almari di dalam nye. cukup hanya dengan katil+tilam dan juga side table. Bukan kah itu lebih simple

so setiap orang mempunyai cara dan citarasa mereka. aku juga begitu. So better respect my lifestyle otherwise dont expect me to do the same thing to you.

nanti le aku updatekan gambar bilik aku tu ye .

nak get ready ke AJL plak, enjoy the show mlm nie ye

4 TICKETS for me, Fit and another 2 friends

Jumaat, Januari 16, 2009

Astro installed

hellowwww
after moved to our new house for 2 weeks, finally astro guy came to installed the decoder and some wiring job. Mati kutu juga sebb area umah nie reception TV nye tak begitu baik jika tidak di pasang astro. Thanks to En Fitri for the astro. So next time boleh u pasang streamyx plak ( bills on you- hahaha)






Khamis, Januari 15, 2009

wayang again!!!

dah 4 hari aku gi keje dengan kete baru Cik Fitri. Maklum le opis aku dengan dia dekat. lagi pun its a aprt of cost saving juga. kita orang lalu jalan yang sama dr rumah and office dia dengan opis aku pun tak sampai 10km. since pepagi dia email aku ajak pegi tgk wayang lepas habis keje so aku pun OK je le. so this time kita orang pilih tgk cite YES MAN.

info pasal cite nie

Director: Peyton Reed


Starring: Jim Carrey, Zooey Deschanel, Danny Masterson, Molly Sims, John Michael Higgins


Genre: Comedy


Jim Carrey stars as Carl Allen, a guy whose life is going nowhere—the operative word being “no”—until he signs up for a self-help program based on one simple covenant: say yes to everything...and anything. Unleashing the power of “YES” begins to transform Carl’s life in amazing and unexpected ways, getting him promoted at work and opening the door to a new romance. But his willingness to embrace every opportunity might just become too much of a good thing.

Isnin, Januari 12, 2009

di ikat dan terikat

been called by Human Resource Department about my scholarship and agreement. Since management agreed to develop my career there is terms and condition that i need to agree with. and so called i been bond by them for a year. Luckly its not that long and feel more secure during this recession time.

Khamis, Januari 08, 2009

tempat lepak baru

Helooo readers

Since aku dah pindah ke damansara damai, my new place untuk hang out adalah area IKANO. Bagi aku ianya tidak ada yang menarik sangat mana pun cuma ianya lebih selesa untuk aku yang suka "one stop centre" concept. Di situ ada panggung, ada shopping area such as IKEA, TESCO , Metrojaya, Borders etc...

so semalam habis keje aku dengan Fit terus menjejak kali kali ke2 pada bulan nie tgk wayang. mana lagi kalo tidak di Cathay Cineleasure.


The reason why we choose this place sebb kerusi nye yang lebih selesa compare to others and its only 15mins from our house. Tapi memandang beberapa cerita yang menarik sudah habis, so we decided tgk cite Juno. Cerita nye agak membosankan tapi ianya bagus untuk sifat kemanusiaan di mana kasih sayang adalah sesuatu yang di titikberatkan dlm journal movie nie.


Rabu, Januari 07, 2009

Azam + matlamat

HelOooooooo

rasa nye masih belum terlambat kan untuk membuat posting azam dan matlamat tahun baru. But before that , sedikit rumusan dan kesimpulan tentang sedikit achievement last year.

some achievement in 2008
April - bos telah memberi saguhati aka bonus sebb aku achieve KPI yang telah di tetapkan
May - Holiday ke Bali
Jun - kereta baru saja di miliki. Alhamdullilah rezeki dari yang Esa
August - having a short holiday in Jakarta
November - participate on International Negotiation skill in China
December - pindah rumah baru and completely achieve my KPI for year 2008. so hopefully bonus bulan 4 , 2009 akan berlimpah ruah

target and goals in 2009
- to complete my profesional certification in procurement which is conducted by APICs
- to complete my green belt project with my Hong kong and China counterparts
- Having a short holiday ( langkawi, Yogjakarta and thailand)
- sign agreement with developer for my extra property ( beside the one in Penang)
- to reduce all the debts , perhap can settle it by August which is before raya

hope all the planning and targets are achievable.

Selasa, Januari 06, 2009

Home deco - phase 1

hi readers

As you know, i moved to new house last week on new year ( islamic calendar ) 1 Muharam which is fall on 29 December 2008.
and till now, i completed my first phase on home deco which is for living and dining area. I just need a simple modern concept as im not so ambitious in cleaning a house therefore i try to minimize using the furniture. I hope my parent are more comfortable with my new house which is they will come over this March.
below are some picture taken before i had make any changes . The house is full of green " ku lihat hijau"


.

.

.

.

.

.

.


and after minor touch on the wall, some basic furnitures and carpet.

just ignore the blue stool. hehehe

Picture frame from bali still laydown as im waiting another 2 frame coming in that i ordered from my friend.

recyle my old TV and mini hi-fi. Hope can change to LCD soon with modern home theathre set. Wish my bonus malatop this april. Aminnnnnn

Isnin, Januari 05, 2009

pembukaan 2009

Selamat Tahun Baru buat u ols semua. ( rasa nye belum terlambat lagi kannnn)

anyway nak story sikit, malam new year i tak kemana2 pun sebb malas nak menempuh heavy traffic di KL walaupun ada kawan baik aku mengajak ke clubbing. Adakah muka aku nie kaki clubbing????? hanya orang yang dekat sajo mengenal manikam nye. hehehe

lagi pun penat pindah rumah belum habis lagi ( nanti i akan publish keadaan rumah baru i itu ye). semalam baru habis mengemas ruang tamu dan bilik tido tetamu. This weekend aku dan housemate aku akan buat major touch untuk master bedroom. tak tahu lagi apa konsep yang nak di terapkan nanti. masih mencari idea.

Anyway aku pegi tengok midnite movie di IKano last friday. dengar dia nye sinopsis mcm best cite nie. so aku dengan Eisz, nobit dan Fit terjah ikano walaupun ada salah faham pada asal nye which cinema yang patut we ols pegi. credit to Nobit yang berjaya memandu dengan 30 min dari Ampang ke Ikano.


Selasa, Disember 23, 2008

Busy till new year

I will start my annual leave tomorrow till 4th January and start work on 5th.

Since then i will be busy with pack and unpack all my stuff , arrange the logistic issues, do some painting and some minor interior in my new house, and will not be able to update my blog start tomorrow.

For all my friends, Happy new year and wish you all the best in 2009.

Khamis, Disember 18, 2008

Beg + lab series skin care

Dear readers

since weekend nie i ada job sikit kat kampung, so aku dah beli beg baru. maklum le aku x de beg baju yang elok sikit. even last trip masa balik kampung beraya aku hanya bawa beg plastik dan gantung baju je dalam kete. So kali nie di sebabkan aku balik kampung dengan di temani beberapa kawan. so terpaksa le aku beli beg baju juga. melayang RM100 duit aku untuk beg nie. Chantek juga. nasib baik le ada sales kat Isetan kalo idak melayang juga duit aku lagi sekali

dan di kesempatan Isetan buit sales , aku sempat juga beli skin care product dari Lab series. ada a few kawan aku yang pakai product nie dan respond dari dia orang amat baik. Iyeee le dulu i hanya pakai sabun cap kapak sebab tu le muka i tak pernah elok. BUt since isetan buat promosi untuk product nie, aku saje je nak cuba. Trial pack nie pun dah RM100 u ols. so kita tengok le nanti kalo kesan nye bagus dan kulit muka i tidak lagi berminyak teruk, maka i akan sokong product lab series ini.

Selasa, Disember 16, 2008

wedding dinner

Heloooooo
semalam lepas habis keje , i ols terkejar2 balik rumah sebb dah janji dgn kawan lama i ols nak ke rumah kawin member opis lama dulu. Anyway Congratulation to our beloved friend Mr Viswan dan harap u ols akan happy dengan wife hingga ke akhir hayat
dan ini adalah kali pertama i ols ke indian wedding. sedap masakan catering dia u ols.

yang bulat2 di bungkus dengan plastic kuning dan merah tu adalah lado sebagai buah tangan untuk para tetamu.

Isnin, Disember 15, 2008

House Found & majlis bertunang

Alhamdullilah


setelah bebarapa bulan memikirkan untuk berpindah dari rumah sekrang, akhirnya semalam aku dengan Fitri dah dapat rumah lain untuk di sewa. So hujung bulan nie start 25hb aku akan sibuk dengan persiapan berpindah. Maklum le aku kan start cuti krismas dari 25 hingga le 4 January depan. dan akhir bulan nie juga aku kena ke Melaka untuk buat persiapan photoshoot kenduri kawin anak kepada keluarga angkat aku tu. harap nye tidak le menjadi beban sangat untuk aku ke Melaka dan mengemas rumah baru nanti. Maka dengan ini berakhirlah sudah hikayat Bandar Tasik Selatan. Aku akan berpindah ke kawasana baru nanti. Yahoooooooo



rumah nye x mahal sebb bukan kondo atau teres double story. hanya lah flet yang telah berusia 8 tahun. namun bagi aku sudah cukup selasa untuk aku tinggal. sebb Jarak nye ke opis hanya lah 15km. dan lagi pun sewa nye tak sampai pun RM400. Murah sangat kannnnn. kemudahan yang ada banyak seperti klinik, Jusco, McD, bank , stesen minyak dan kedai runcit.



dan semalam juga sebelum aku pegi jumpa owner rumah, sempat le aku pegi tolong sedara kawan aku tu bertunang.
hantaran dari pihak perempuan


sesi make over oleh mak andam tersohor First time i jumpa mami dan i like him very much. Dia bukan jenis yang sombong dan ramah sekali. to mummy, im waiting for your WALI 2. muahhhh
sesi menyarung cincin
hantaran dari Pihak lelaki

Rabu, Disember 10, 2008

midnite movie mlm nie ( midvalley)

Helloooooooo

since esok merupakan public holiday untuk selangor, so hari nie aku dengan En Fithri bercadang tengok midnight movie kat Mid valley. ermmm cerita apa erkkk. nak tengok Lost dan Found macam ok juga tapi aku buat keputusan tengok Bolt je( as usual keputusan diktator kata nye... hehehehe). Dengan teknologi yang canggih manggih sekarang nie so aku pun beli je online. malas le nak beratur nanti tengah2 malam tue. lagi pun boleh choose seat sekali. maklum le hari nie kan hari rabu. mesti ramai yang nak gi tengok wayang sebab cik murs kata nye.


dan esok aku nye aktiviti adalah ke bank uruskan aku nye housing loan dan juga kalo berkesempatan nak ke pejabat hasil dalam negeri. maklum le dah hujung tahun nie. kena take this opportunity sebab public holiday untuk selangor dan buat semua urusan2 di KL. untung bagi sesapa yang keje di selangor kannnnnn.

hehehehe

Isnin, Disember 08, 2008

Panduan Solat Aidiladha

Salam Aidil-adha

Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang beliau kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu beliau memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila beliau hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan, beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )


Telah berkata Jaabir (R.A.): Saya menyaksikan solat 'ied bersama Nabi (S.A.W.). Beliau memulai solat sebelum khutbah tanpa azan dan tanpa iqamah, setelah selesai beliau berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati manusia dan memperingatkan mereka, setelah selesai beliau turun mendatangi saf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (H.R : Muslim )


Diriwayatkan dari Ibnu Umar (R.A.). ia berkata : Umar mendapati pakaian tebal dari sutera yang dijual, lalu beliau mengambilnya dan membawa kepada Rasulullah (S.A.W.). lalu berkata : Ya Rasulullah belilah pakaian ini dan berhiaslah dengannya untuk hari raya dan untuk menerima utusan. Maka beliaupun menjawab : Sesungguhnya pakaian ini adalah bagian orang-orang yang tidak punya bagian di akhirat (yakni orang kafir). ( H.R Bukhary dan Muslim )


Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah (R.A.). ia berkata : Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla (tempat solat 'ied ), mereka meyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah ). Saya berkata : Yaa Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda: Supaya saudaaranya meminjamkan kepadanya dari jilbabnya. (H.R : Jama'ah)


Diriwayatkan dari Anas bin Malik (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). Tidak berangkat menuju mushalla kecuali beliau memakan beberapa biji kurma, dan beliau memakannya dalam jumlah bilangan ganjil. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )


Diriwayatkan dari Burayaidah (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga beliau kembali dari solat 'ied. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (R.A.). ia berkata : Bahwasanya Nabi (S.A.W.). keluar untuk solat Aidilfitri dua raka'at, tidak solat sunah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (H.R : Bukhary dan Muslim )


Diriwayatkan dari Jaabir (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) apabila keluar untuk solat 'ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhary )


Diriwayatkan dari Yazid bin Khumair Arrahbiyyi (R.A.). ia berkata : Sesungguhnya Abdullah bin Busri seorang sahabat nabi (S.A.W.). keluar bersama manusia untuk solat Aidilfitri atau Aidiladha, maka beliau mengingkari keterlambatan imam, lalu berkata : Sesungguhnya kami dahulu ( pada zaman Nabi (S.A.W.) pada jam-jam seperti ini sudah selesai mengerjakan solat 'ied. Pada waktu ia berkata demikian adalah pada solat Dhuha. (H.R. : Abu Daud dan Ibnu Majah)


Diriwayatkan dari Abi Umair bin Anas, diriwayatkan dari seora)ng pamannya dari golongan Anshar, ia berkata: Mereka berkata: Karena tertutup awan maka tidak terlihat oleh kami hilal Syawal, maka pada pagi harinya kami masih tetap puasa, kemudian datanglah satu kafilah berkendaraan di akhir siang, mereka bersaksi di hadapan asulullah (S.A.W.).bahawa mereka kelmarin melihat hilal. Maka Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan semua manusia ( ummat Islam ) agar berbuka pada hari itu dan keluar menunaikan solat 'ied pada hari esoknya. (H.R. : Lima kecuali At-Tirmidzi)


Diriwayatkan dari Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para) sahabat) bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju tempat solat 'ied sampai mereka tiba di mushalla ( tempat solat 'ied ) dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, mereka diam dan apabila imam bertakbir maka merekapun ikut bertakbir. (H.R.: Ibnu Abi Syaibah)


Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud (R.A.). bertakbir pada hari-hari tasyriq dengan lafadz sbb: (artinya): Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada Illah melainkan Allah dan Allah maha besar, Allah maha besar dan bagiNya segala puji. (H.R. Ibnu Abi Syaibah dengan sanad shahih )


Diriwayatkan dari Amru bin Syu'aib, dari ayahnya, dari neneknya, ia berkata : Sesungguhnya Nabi (S.A.W.). bertakbir pada solat 'ied dua belas kali takbir. dalam raka'at pertama tujuh kali takbir dan pada raka'at yang kedua lima kali takbir dan tidak solat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (H.R. : Amad dan Ibnu Majah )


Diriwayatkan dari Samuroh, ia berkata: Adalah Nabi (S.A.W.). dalam solat kedua hari raya beliau membaca: Sabihisma rabbikal A'la dan hal ataka haditsul ghosiah. (H.R. : Ahmad )


Diriwayatkan dari Abu Waqid Allaitsi, ia berkata : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca oleh Nabi (S.A.W.). Waktu solat 'ied . Aku menjawab : beliau membaca surah (qtarabatissa'ah ) dan ( Qaaf walqur'anul majid). (H.R. : Muslim )


Diriwayatkan dari Zaid bin Arqom (R.A.). ia berkata : Nabi (S.A.W.). Mendirikan solat 'ied, kemudian beliau memberikan ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan solat Jumaat, kemudian beliau bersabda : Barang siapa yang mahu solat Jumaat, maka kerjakanlah. (H.R. : Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi )


Diriwayatkan dari Abu Hurairah (R.A.). bahwasanya Nabi (S.A.W.). bersabda pada hari kamu ini, telah berkumpul dua hari raya (hari Jumaat dan hari raya), maka barang siapa yang suka solat Jum'at, maka solatnya diberi pahala sedang kami akan melaksanakan solat Jum'at. (H.R: Abu Daud )



KESIMPULAN
Hadits-hadits tersebut memberi pelajaran kepada kita tentang adab-adab solat hari raya sbb : Pakaian pada saat mendirikan solat kedua hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus. (Dalil: 3 )

Makan
a. Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan apa saja.

b. Sebaliknya pada Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai solat Aidiladha. (Dalil: 5 dan 6 )

Mendengungkan takbir
a. Pada hari raya Aidilfitri, takbir didengungkan sejak keluar dari rumah menuju ke tempat solat dan sesampainya di tempat solat terus dilanjutkan takbir didengungkan sampai solat dimulai. (Dalil : 11 )

b. Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh didengungkan sejak Shubuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq ( 13 Dzulhijjah ). (Dalil: 12)

Jalan yang dilalui Disunnahkan membedakan jalan yang dilalui waktu berangkat solat hari raya dengan jalan yang dilalui di waktu pulang dari solat 'ied ( yakni waktu berangkat melalui satu jalan, sedang waktu pulang melalui jalan yang lain ). (Dalil: 8 )

Bila terlambat mengetahui tibanya hari raya Apabila datangnya berita tibanya hari raya sudah tengah hari atau petang hari, maka hari itu diwajibkan berbuka sedang pelaksanaan solat hari raya dilakukan pada hari esoknya. (Dalil : 10 )

Yang menghadiri solat 'ied
Solat 'ied disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki maupun wanita, baik wanita yang suci dari haid maupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki maupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah 'ied. (Dalil: 4 )

Tempat solat 'ied
Solat 'ied lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di sediakan untuk solat 'ied, kecuali ada uzur hujan maka solat diadakan di masjid. Mengadakan solat 'ied di masjid pada hal tidak ada hujan sementara lapangan (padang ) tersedia, maka ini kurang afdhal karena menyelisihi amalan Rasulullah (S.A.W.). yang selalu mengadakan solat 'ied di mushalla (padang tempat solat ), kecuali sekali dua kali beliau mengadakan di masjid karena hujan. (Dalil: 1 dan 8 )

Cara solat 'ied
a. solat 'ied dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah sebelumnya dan sesudahnya. (Dalil: 1,2 dan 7 )

b. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihraam sebelum membaca Al-Fatihah, ditambah 7 kali takbir. Sedang pada raka'at yang kedua sebelum membaca Al-Fatihah dengan takbir lima kali. (Dalil: 13 )

c. Setelah membaca Fatihah pada rakaat pertama di sunnahkan membaca surah (sabihisma rabbikal a'la/surat ke 87 ) atau surat iqtarabatissa'ah / surat ke 54 ). Dan setelah membaca Al-Fatihah pada raka'at yang kedua disunnahkan membaca surat (Hal Ataka Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88 ) atau membaca surat (Qaaf walqur'anul majid/surat ke 50 ).(Dalil : 15)

d. Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.

e. Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.

f. Khutbah hari raya ini tidak diselingi duduk. (Dalil: 1 dan 2 )

Waktu solat
Solat 'ied diadakan setelah matahari naik, tetapi sebelum masuk waktu solat Dhuha. (Dalil: 9 )

Hari raya jatuh pada hari Jum'at. Bila hari raya jatuh pada hari Jum'at, maka solat Jum'at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak, tetapi untuk pemuka umat atau imam masjid jami' sebaiknya tetap mengadakan solat Jum'at. (dalil: 16 dan 17 )

Ahad, Disember 07, 2008

Selamat Hari Raya

u ols
i ingin mengucapkan selamat hari raya Qurban. kalo ada yang salah dan silap harap di maafi. terkasar bahasa dan termakan tu minta di halalkan ye
selamat bercuti dan semoga bergembira di samping insan tersayang.

Khamis, Disember 04, 2008

CNY 2009 di Langkawi

Aloha..... hehehe
3 days back i membelek kalender i and sudah tentu i nampak next month ada 4 days cuti. (include dengan Chinese new year). And as usual aku nie cukup pantang kalo cuti lama2 kalo x buat apa, and cari punya cari tempat yang aku nak pegi, semua nye mahal. Ingat nak stay kat Cherating but baru je ke sana 2 bulan lepas. Nak ke Kuching , fligh nye mahal le plak. Nak cuti luar negara, rasa nye lari budget plak sebb bulan 3 i plan nak pindah rumah, bulan 8 nak ke Jogjakarta. Lepas tu plak bos i dah includekan nama i ke another training ( not confirm yet either je Shanghai atau Hong Kong or Shenzhen again) . dan akhirnye selepas bermuzakarah dengan Encik Fitri ( walaupun i yang buat keputusan) finally managed to get hotel di awana porto Malai Langkawi In fact price nye agak murah sbb hanya bayar RM322.00 untuk 3h/2m. iyeee le u ols kenapa i kata murah. Inikan peak season . masa raya plak tu. dan aku share cost nie dengan En. Fitri. Dia kan dah start keje . harus le dia bayar sama sebb konsep sharing is caring gitewww.


And since flight mcm tak berbaloi je untuk kami berdua yang mana cost pegi balik sajo dah almost RM600, aku dengan En fitri decide naik bus MARAliner je. and as usual aku le yang arrange transport dan penginapan . Encik Fitri hanya hulurkan duit sajo. hehehehe. Talking about Maraliner nie, ini adalah kali ke 3 aku naik perkhidmatan dia orang. Memang selasa sekali bus nye. aku beli online dan boleh pilih seat yang kita nak. VIP seat le u ols. So sesapa nak join ke Langkawi , boleh le booking dan kita enjoy di sana.


x sabar rasa nye nak pegi holiday next month. Maklum le since encik fitri keje dengan company yang ada kaitan sedikit sebanyak dengan tourism dan F&B , we wols akan dpt special diskoun untuk underwaterworld dan makan di sebuah restoran. Terima kasih selagi ye En fitri
p/s : and our next trip encik fitri akan cover semua perbelanjaan. clap clap i suka u ols ahaks

Rabu, Disember 03, 2008

Mekacih!!!!

hye hye hye

I would like to take this opprtunity to say Thanks to some of my friends yang still sudi bagi gift. thank you so much even last year punya hadiah i belum pakai. heheheh

terima kasih sodep sebb kasi aku candle holder ittewww. Amat sesuai letak di rumah baru tahun depan

dan juga buat ajoi yang memberi tali leher. I suka warna hijau nye .
dan tidak lupa buat kekawan yang hantar sms / MMS